button awamEN button warga1EN button agensiEN

header plain mobileEN2

Menu
  • Home
  • Berita
  • Penyelarasan lebih luas perlu untuk hadapi ancaman keselamatan global - Timbalan Perdana Menteri

Penyelarasan lebih luas perlu untuk hadapi ancaman keselamatan global - Timbalan Perdana Menteri

KUALA LUMPUR, 15 April (Bernama) -- Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata agensi pertahanan dan keselamatan di rantau ASEAN dan daerah luarnya perlu mewujudkan penyelarasan dan integrasi yang lebih luas bagi menghadapi cabaran dan ancaman keselamatan global.

 

Beliau berkata, ketika keganasan dan perbuatan ganas mencorakkan dasar global semasa, semua negara harus cukup bersiap siaga untuk menghadapi ancaman kumpulan pengganas seperti Daesh dan Al-Qaeda.

 

"Kita hidup dalam zaman apabila kumpulan pengganas seperti Daesh dan Al-Qaeda melakukan tindakan ekstremisme dan keganasan untuk menyebarkan pengaruh mereka. Kerana hidup dalam persekitaran keselamatan yang tidak menentu, kita harus cukup bersedia bagi menghadapi cabaran keselamatan.

 

"Malaysia sentiasa menekankan tentang pentingnya negara anggota masing-masing bekerjasama dalam bidang pertahanan untuk kebaikan rantau ini," kata beliau ketika berucap merasmikan Pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) dan Pameran Antarabangsa Keselamatan Kebangsaan (NATSEC) 2018 di sini hari ini.

 

Beliau berkata dalam persekitaran hari ini, adalah penting bagi pasukan tentera dan awam untuk bekerjasama antara satu sama lain bagi memerangi ancaman luar secara efektif.

 

Ketika berucap di hadapan delegasi dari 60 negara, Ahmad Zahid berkata siri DSA sentiasa menegaskan tentang perlunya mewujudkan kerjasama yang lebih erat antara unit-unit pertahanan di rantau ini dan akan terus mendapat sokongan kuat daripada masyarakat pertahanan antarabangsa.

 

Beliau berkata acara itu bukan sekadar mempamerkan teknologi dan persenjataan terkini tetapi terus menyatukan pelbagai pembuat dasar kerajaan, agensi tentera dan mekanisme pertahanan dari seluruh rantau ini. Ia memupuk pakatan dan kepercayaan yang lebih besar antara pihak-pihak bekaitan dan menjadi platform penting bagi menggalakkan perkongsian teknologi asing, kata beliau.

 

"Siri DSA bukan sahaja membawa impak yang besar dari segi pemindahan dan kepakaran teknologi tetapi juga membuka akses kepada pembuat keputusan utama dunia dan pakar-pakar dalam bidang pertahanan.

 

"Hari ini, DSA dianggap sebagai salah satu Lima Pameran Pertahanan Teratas di dunia. Ia sememangnya satu platform penting dalam menyokong aspirasi rantau ini bagi operasi pengaman yang berterusan," kata beliau.

 

DSA yang dianggap sebagai pameran pertahanan dan keselamatan terbesar di Asia bermula esok sehingga Khamis di Pusat Perdagangan dan Pameran Antarabangsa Malaysia (MITEC), di sini dan bakal menjadikan Malaysia sebagai peneraju serantau dalam sekgor pertahahan dan keselamatan.

Penganjuran DSA ke-16 juga akan menyaksikan pelancaran National Security Asia (NATSEC Asia) 2018, yang pertama, pameran antarabangsa yang baharu mengenai Keselamatan Kebangsaan bagi Asia yang akan memberi tumpuan kepada semua sektor keselamatan negara termasuk keselamatan awam. -- BERNAMA

 

http://bernama.com/bm/news.php?id=1454695