Awam | Warga KDN   phone white 03 - 8000 8000  email icon  pro[at]moha[dot]gov[dot]my

header plain mobileEN2

  • Home
  • Berita
  • Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) KDN 2017

Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) KDN 2017

 

 

Putrajaya, 8 Mac 2018 - Seramai 356 orang pegawai dan kakitangan Kementerian Dalam Negeri hari ini diraikan dalam Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) yang disempurnakan oleh YAB Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Dalam Negeri di Auditorium, Blok D8, Kompleks D, Putrajaya.

 

Majlis turut dihadiri oleh YB Datuk Nur Jazlan bin Mohamed, Timbalan Menteri Dalam Negeri I, YB Dato’ Masir Kujat, Timbalan Menteri Dalam Negeri II dan YBhg. Dato’ Seri Alwi bin Hj. Ibrahim, Ketua Setiausaha, Kementerian Dalam Negeri bersama-sama pegawai kanan serta warga Kementerian Dalam Negeri.

 

Majlis ini diadakan adalah sebagai pengiktirafan bagi menghargai sumbangan pegawai dan kakitangan khususnya warga Kementerian Dalam Negeri yang telah menunjukkan prestasi cemerlang sepanjang tahun 2017.

 

Secara keseluruhannya, seramai 356 pegawai dan kakitangan yang menerima anugerah APC tahun 2017 pada hari ini terdiri daripada 151 orang pegawai dan kakitangan warga Kementerian Dalam Negeri, manakala 205 orang lagi merupakan sebahagian dari penerima yang mewakili 10 Jabatan dan Agensi di bawah Kementerian Dalam Negeri.

Agencies |

CLICK LOGO FOR SERVICES INFO

 PDRM  PENJARA  JIM  JPN  AADK  JPPM RELA AKSEM   new ipsom  APMM Logo 2  esscom

Agensi |

KLIK LOGO UNTUK KE MAKLUMAT PERKHIDMATAN AGENSI

 PDRM  PENJARA  JIM  jpn update  AADK  jppm update RELA AKSEM   new ipsom  APMM Logo 2  esscom