Awam | Warga KDN   phone white 03 - 8000 8000  email icon  pro[at]moha[dot]gov[dot]my

header plain mobileEN2

  • Home
  • Berita
  • Program Turun Padang YBhg Dato’ Seri Alwi Hj Ibrahim KSU bersama warga KDN, Jabatan dan Agensi di Terengganu.

Program Turun Padang YBhg Dato’ Seri Alwi Hj Ibrahim KSU bersama warga KDN, Jabatan dan Agensi di Terengganu.

Program Turun Padang YBhg Dato’ Seri Alwi Hj Ibrahim KSU bersama warga KDN, Jabatan dan Agensi di Terengganu.

 

Program yang dihadiri hampir 500 orang warga KDN Terengganu ini diadakan di Dewan 1 Pusat Konvensyen Taman Tamadun Islam Kuala Terengganu.

 

Program Turun Padang KSU kali ini mempunyai sedikit kelainan dimana ianya menggunakan konsep TN50. Tuan Shamril Faizalis bin Shamsul Bahari, Setiausaha Bahagian

Kepolisan dan Keselamatan Sempadan KDN telah dipilih sebagai moderator untuk program kali ini.

 

YBhg. Dato' Seri KSU telah menyentuh beberapa aspek dalam program ini antaranya ialah pencapaian KDN sepanjang 2017, perancangan strategik KDN 2018 dan Bajet 2018. Beliau turut mengingatkan semua agar sentiasa dinamik dalam penambahbaikan proses kerja, berinovasi dan mempergiatkan libat urus dengan masyarakat umum.

 

Disamping itu juga, beliau turut mahu warga KDN mengoptimumkan pengunaan media sosial dalam menguar-uarkan inisiatif-inisiatif yang dilaksanakan supaya maklumat yang tepat dan terkini dapat disampaikan secara terus kepada semua.

 

Turut hadir dalam program ini ialah YBhg. Dato' Nadzri Siron, TKSU (Keselamatan) KDN dan YBhg. Dato' Sri Hj. Zulkifli bin Omar, Ketua Pengarah Jabatan Penjara Malaysia.

 

 

Agencies |

CLICK LOGO FOR SERVICES INFO

 PDRM  PENJARA  JIM  JPN  AADK  JPPM RELA AKSEM   new ipsom  APMM Logo 2  esscom

Agensi |

KLIK LOGO UNTUK KE MAKLUMAT PERKHIDMATAN AGENSI

 PDRM  PENJARA  JIM  jpn update  AADK  jppm update RELA AKSEM   new ipsom  APMM Logo 2  esscom