button awamEN button warga1EN button agensiEN

header plain mobileEN2

Menu

TPM LANCAR NATSEC ASIA 2018

KUALA LUMPUR: YAB Dato’ Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi Timbalan Perdana Menteri Malaysia merangkap Menteri Dalam Negeri pagi tadi menyempurnakan pelancaran National Security Asia (NATSEC Asia 2018) di Malaysia International Trade and Exhibition Centre (MITEC) Kuala Lumpur.

 

NATSEC Asia 2018 merupakan acara yang mengkhusus kepada keselamatan dalam negeri di peringkat ASEAN menerusi peningkatan kerjasama antara pemegang taruh tempatan (local stakeholders) dalam industri keselamatan dan pertahanan dengan rakan sekutu serantau, diadakan serentak selama 4 hari (16 – 19 April 2018) bersama 16th Defence Services Asia Exhibition and Conference (DSA 2018).


Berlandaskan fokus utama aspek keselamatan dalam negeri dan ketenteraman awam, NATSEC Asia 2018 akan melaksanakan pengisian acara seperti perbincangan perniagaan (Business-to-Business meetings), majlis menandatangani kontrak dan perjanjian persefahaman (MOU), pelancaran produk dan pengenalan kepada Zon Pertahanan dan Keselamatan Siber.


NATSEC Asia 2018 dan DSA 2018 dijangka menarik kehadiran seramai 42,000 pelawat niaga (trade visitors) daripada 70 negara yang hadir untuk pameran keselamatan dan pertahanan, yang merangkumi kelengkapan canggih dan peralatan elektronik industri keselamatan dan kepolisan, produk dan teknologi dalam skop keselamatan dan ketenteraman awam (anti keganasan, keselamatan sempadan, forensik digital, drones surveillance, keselamatan penjara dan lain-lain), sistem-sistem simulasi serta sistem dan peralatan sea-based platform.