button awamEN button warga1EN button agensiEN

header plain mobileEN2

Menu
  • Home
  • Berita
  • Program Penerapan Nilai-Nilai Murni bersama YAB Dato' Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Dalam Negeri sempena Bulan Ramadhan Peringkat Negeri Pahang

Program Penerapan Nilai-Nilai Murni bersama YAB Dato' Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Dalam Negeri sempena Bulan Ramadhan Peringkat Negeri Pahang

Kuantan, 2 Jun 2017 – Program Penerapan Nilai-Nilai Murni bersama YAB Dato' Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Dalam Negeri sempena Bulan Ramadhan meneruskan jelajah iftar ke negeri Pahang hari ini. Pahang merupakan destinasi kelima selepas Terengganu, Negeri Sembilan, Selangor dan Kedah.

 

Program dimulakan dengan majlis berbuka puasa dan solat maghrib di Masjid Tengku Ampuan Afzan Indera Mahkota, Lorong Indera Mahkota 2/10, Bandar Indera Mahkota. YAB Dato’ Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi turut menyampaikan sumbangan kepada orang anak-anak yatim dan orang lain-lain asnaf.

 

Rombongan YAB Timbalan Perdana Menteri kemudiannya bergerak ke Masjid Tanah Putih Baru, Lorong Lengkok Kanan 2, Taman Tanah Putih Baru, Kuantan untuk solat Isyak, solat terawih dan moreh bersama jemaah. Program anjuran Kementerian Dalam Negeri (KDN) ini telah dihadiri kira-kira 1,200 tetamu yang terdiri daripada pegawai, kakitangan, keluarga serta sahabat Jabatan dan Agensi di bawah KDN termasuk orang awam.

 

Turut hadir ialah Menteri Besar Pahang, YAB Dato' Sri Diraja Haji Adnan bin Haji Yaakob, Ketua Setiausaha KDN, YBhg Dato’ Sri Alwi bin Hj Ibrahim, Ketua Polis Negeri Pahang YDH Dato’ Rosli bin Abd Rahman, Timbalan-Timbalan Ketua Setiausaha KDN, Ketua-Ketua Pengarah Jabatan dan Agensi di bawah KDN, pegawai kanan KDN dan anggota serta keluarga.