button awamEN button warga1EN button agensiEN

header plain mobileEN2

Menu
  • Home
  • Berita
  • Lawatan Kerja KSU Ke PPP Kem Paradise, Kota Belud Sabah

Lawatan Kerja KSU Ke PPP Kem Paradise, Kota Belud Sabah

 

10 Feb 2017, Kota Belud, Sabah:

Dato' Sri Alwi Hj Ibrahim, Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri (KDN) meluangkan masa melawat Pusat Pemulihan Pemasyarakatan(PPP) Kem Paradise dalam rangka lawatan kerjanya di Sabah.

PPP merupakan program di bawah inisiatif NBOS yang mana pelaksanaan program oleh Jabatan Penjara Malaysia (PRIDE) menggunapakai  premis sedia ada di Kem Paradise yang boleh menampung kapasiti sehingga 200 Orang Yang Diselia (ODS).

Sesi taklimat oleh Dato' Sri Hj Zulkifli Omar, Ketua Pengarah Jabatan Penjara Malaysia menyentuh mengenai program pemulihan yang dijalankan seperti kursus pemulihan berorientasi keagamaan, pembinaan peribadi/ sahsiah diri dan aktiviti ekonomi yang diharap mampu menyedia dan memudahkan (ODS) untuk kembali ke pangkuan masyarakat.

Dato' Sri Alwi Hj Ibrahim turut mengambil peluang berinteraksi dengan  ODS yang berjumlah seramai 183 orang dan melihat sendiri aktiviti ekonomi yang djalankan.

Image may contain: 6 people