button awamEN button warga1EN button agensiEN

header plain mobileEN2

Menu

Hari Ulang Tahun Rela Ke-45

11 Feb 2017, Kota Kinabalu, Sabah:

 

Pada hari ini Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) telah mengadakan sambutan Hari Ulang Tahun RELA ke-45 bertempat di Padang Merdeka, Kota Kinabalu, Sabah yang dirasmikan oleh YAB Dato' Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Timbalan Perdana Menteri Malaysia merangkap Menteri Dalam Negeri.

 

Usia 45 tahun bagi manusia menunjukkan kedewasaan seseorang manakala bagi jabatan RELA ia adalah manifestasi kematangan sebuah jabatan yang hanya bermula dengan pasukan sukarelawan dikenali sebagai Ikatan Relawan Rakyat pada 11 Januari tahun 1972 melalui Seksyen 2 Akta (Kuasa-kuasa Perlu) Darurat 1964.

 

Pelbagai pengalaman dikutip dan pelaksanaan variasi aktiviti oleh Rela dengan jayanya seperti menangani masalah dan ancaman keselamatan,  kerjasama sosial dan kebajikan komuniti, membenteras pendatang asing tanpa izin (PATI), dan rondaan bersama pasukan keselamatan telah mendapat pujian dan membuka mata semua pihak sehingga kerajaan bersetuju agar Rela ditransformasi menjadi sebuah jabatan penuh pada tahun 2013.

 

Dato' Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Dalam Negeri pernah berkata bahawa dalam mendepani cabaran mendatang, Rela perlu teguh di barisan hadapan dalam memyediakan bantuan kepada polis dan tentera mempertahankan negara, termasuk memerangi pengganas dan kumpulan militan daripada bercambah di negara ini.

 

Pada majlis ini, Timbalan Perdana Menteri memaklumkan kerajaan Negeri Sabah telah bersetuju memperuntukkan sejumlah dana untuk penyediaan uniform digital anggota Rela Sabah dan mereka akan diberi tanggungjawab untuk mengawal sempadan bersama pasukan keselamatan di Esszone.

 

Kerajaan juga mengumumkan bahawa sebanyak 20 ekar tanah di Sandakan telah diluluskan untuk pusat latihan Rela Sabah  bagi memberi latihan dan meningkatkan kemahiran anggota Rela Sabah.

 

YAB Dato Seri Haji Musa Haji Aman Ketua Menteri Sabah pula mengucapkan tahniah kepada Rela yang banyak terlibat dalam program kemasyarakatan, menggerakkan semangat kesukarelawanan dan mengukuhkan semangat perpaduan antara kaum yang mana Kerajaan Sabah  akan terus menyokong dan membantu Rela untuk menjamin kemakmuran negeri.

 

Memeriahkan lagi sambutan berkenaan dengan kehadiran Dif-Dif Kehormat Negeri Sabah, Pegawai-pegawai Kanan KDN dan Pegawai-pegawai Kanan Rela serta pengunjung dan orang ramai yang berjumlah 10,000 orang turut berada di Padang Merdeka, Kota Kinabalu, Sabah.

Image may contain: 9 people, people standing