button awamEN button warga1EN button agensiEN

header plain mobileEN2

Menu
  • Home
  • Berita
  • Lawatan Kerja Rasmi YB Tuan Masir Kujat ke Bangunan Sultan Iskandar (BSI) Johor Bahru, Johor.

Lawatan Kerja Rasmi YB Tuan Masir Kujat ke Bangunan Sultan Iskandar (BSI) Johor Bahru, Johor.

 

24 Januari 2017, Johor Bahru: YB Tuan Masir Kujat, Timbalan Menteri Dalam Negeri hari ini mengadakan Lawatan Kerja Rasmi ke Bangunan Sultan Iskandar (BSI) Johor Bahru, Johor.

 

Lawatan turun padang ini adalah bagi meninjau sendiri pelaksanaan Sistem Malaysia Biometric Identification of Motorbikers (MBIKE).

 

Setibanya beliau ke BSI, beliau terus dibawa melawat ke One Stop Center MBike dan Pusat Kawalan Pengoperasian MBike. Beliau turut dibawa melihat laluan motorsikal MBIKE yang beroperasi. Beliau kemudiannya diberikan taklimat khas mengenai pelaksanaan dan pengoperasian Sistem MBIKE.

 

Secara keseluruhannya beliau berpuas hati dengan pelaksanaan Sistem MBIKE setakat ini namun beliau mahu kelicinan pengoperasian sistem dipertingkatkan lagi bagi memastikan keselesaan pengguna.

 

Turut serta bersama beliau dalam lawatan kerja pada hari ini adalah YBhg. Dato' Shahril bin Dato' Ismail, Setiausaha Bahagian Hal Ehwal Imigresen KDN, YBhg. Dato' Hj Ibrahim bin Hj Ahmad, Setiausaha Bahagian Perolehan KDN, YBhg. Dato' Ibrahim bin Abdullah, Timbalan Ketua Pengarah Imigresen (Kawalan), YBrs. Puan Fuziah binti Abu Hanifah, Setiausaha Bahagian Pengurusan Tekonologi Maklumat KDN dan YBhg Dato' Rohaizi bin Bahari, Pengarah Imigresen Johor.