Soalan-soalan Lazim
1) Q: Sektor apakah yang dibenarkan untuk menggaji pekerja asing?
A: Sektor-sektor yang dibenarkan adalah seperti yang berikut:
(a) Perkilangan;
(b) Pembinaan;
(c) Perladangan;
(d) Pertanian; dan
(e) Perkhidmatan
(i) Sub-sektor Restoran (tukang masak sahaja)
(ii) Sub-sektor Pencucian dan Pembersihan
(iii) Sub-sektor Pulau Peranginan
2) Q: Berapakah kadar bayaran levi bagi setiap pekerja yang diluluskan?
A: Kadar bayaran levi bagi setiap pekerja yang diluluskan adalah berbeza mengikut sektor. Setelah mendapat kelulusan, majikan hendaklah membuat bayaran levi sepertimana yang berikut:
(i) Sektor perkilangan RM 1,250
(ii) Sektor pembinaan RM 1,250
(iii) Sektor perladangan RM 590
(iv) Sektor pertanian RM 410
(v) Sektor perkhidmatan
(a) Restoran (tukang masak) RM 1,850
(b) Pencucian dan pembersihan RM 1,850
(c) Pulau peranginan RM 1,250
3) Q: Apakah negara sumber pekerja asing yang dibenarkan?
A: Negara sumber yang dibenarkan untuk pengambilan pekerja asing adalah sepertimana berikut:
(a) Thailand
(b) Kemboja
(c) Myanmar
(d) Laos
(e) Vietnam
(f) Kazakhstan
(g) Nepal
(h) Pakistan
(i) Sri Lanka
(j) Turkmenistan
(k) Uzbekistan
4) Q: Adakah pekerja asing dari negara India dibenarkan untuk bekerja dalam sektor perkilangan?
A: Tidak dibenarkan. Pekerja dari negara India hanya dibenarkan bekerja di dalam sektor perkhidmatan (restoran sahaja), sektor pembinaan (high tension cable), sektor pertanian dan sektor perladangan.
5) Q: Adakah pekerja lelaki dari negara Indonesia dibenarkan untuk bekerja dalam sektor perkilangan?
A: Tidak dibenarkan. Pekerja lelaki dari negara Indonesia dibenarkan bekerja di dalam semua sektor kecuali sektor perkilangan. Manakala pekerja wanita dari negara tersebut dibenarkan bekerja di dalam semua sektor.
6) Q: Berapa lamakah masa yang diambil untuk mendapatkan keputusan permohonan?
A: Permohonan yang lengkap dan memenuhi semua syarat yang ditetapkan dalam senarai semak akan diproses dan diberikan keputusan pada hari yang sama.
7) Q: Bilakah majikan perlu membuat bayaran levi dan bagaimana?
A: Majikan yang diluluskan permohonan pekerja asing akan menerima perakuan kelulusan dan hendaklah membuat bayaran levi dalam tempoh 48 jam dari tarikh kelulusan.
Bayaran hendaklah dibuat dalam bentuk bank deraf di atas nama Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia.
8) Q: Apakah sektor yang dibenarkan jika majikan mengambil pekerja asing melalui syarikat outsourcing?
A: Syarikat outsourcing hanya dibenarkan membekal dan menguruskan pekerja asing bagi sektor perkilangan, perladangan dan pertanian sahaja.
9) Q: Adakah pekerja asing dibenarkan untuk bekerja sebagai juruwang?
A: Tidak dibenarkan. Pekerja asing tidak dibenarkan bekerja sebagai pekerja barisan hadapan (frontliners).
10) Q: Apakah kriteria yang diambil kira dalam menentukan bilangan pekerja asing yang diluluskan?
A: Kelulusan pengambilan pekerja asing dibuat berdasarkan kepada jumlah keperluan sebenar majikan/syarikat.
Capaian Pengguna
Pautan
Kalendar KDN






Maklumat Korporat