1. SKIP_MENU
  2. SKIP_CONTENT
  3. SKIP_FOOTER

Maklumat Perkhidmatan

Bahagian ini terbahagi kepada tiga unit utama:

   1. Unit Parlimen
   2. Unit Jemaah Menteri
   3. Unit Pengurusan Mesyuarat dan Pemantauan Khas

i. Unit Parlimen

    * Merancang dan menyediakan jawapan-jawapan pertanyaan Parlimen.
    * Menyedia arkib pertanyaan dan jawapan-jawapan yang lepas.
    * Bertanggungjawab sepenuhnya kepada sistem ‘on line’ dalam menyediakan soalan.
    * Menganalisis isu-isu semasa yang dibangkitkan dalam setiap sesi Parlimen dalam usaha menyediakan Indeks Soalan Parlimen KDN.
    * Menyedia Pelan Strategik dalam usaha menyediakan jawapan kepada pertanyaan Parlimen.
    * Menganalisis isu-isu bagi setiap Persidangan Parlimen dan mencadangkan soalan  yang wajar dijawab oleh Y.B Menteri dan Timbalan Menteri.
    * Merancang dan mengatur pasukan yang menyediakan jawapan untuk membantu Y.B. Menteri/Timbalan Menteri sebelum Sesi Perbahasan.
    * Merancang dan mengurus perjumpaan Y.B. Menteri/Timbalan dengan Ahli-ahli Parlimen mengenai satu-satu isu berbangkit.
    * Merancang dan mengatur giliran pegawai bertugas di Parlimen.
    * Menyediakan laporan persidangan Parlimen.

ii. Unit Kabinet

    * Mengurus penyediaan maklum balas untuk Mesyuarat Jemaah Menteri.
    * Menyelaras penyediaan Memorandum Jemaah Menteri untuk mendapatkan keputusan dasar ke atas sesuatu isu.
    * Menyelaras  penyediaan Nota Jemaah Menteri bagi KDN untuk makluman Mesyuarat Jemaah Menteri.
    * Merancang dan mengurus Mesyuarat Pasca Kabinet KDN.
    * Bertanggungjawab ke atas penggunaan sistem ‘on line’ Mesyuarat Jemaah Menteri.
    * Merancang dan menyedia ulasan ke atas Memorandum Jemaah Menteri dari Kementerian lain.
    * Memantau pelaksanaan Keputusan Mesyuarat Jemaah Menteri/Mesyuarat Pasca Kabinet yang memerlukan tindakan susulan.

iii. Unit Pengurusan Mesyuarat dan Pemantauan Khas

    * Merancang dan menyedia maklum balas kepada keputusan Mesyuarat Ketua-ketua Setiausaha Kementerian dan Ketua Perkhidmatan.
    * Merancang dan menyedia maklum balas kepada Mesyuarat Menteri-Menteri Besar dan Ketua Menteri dan Mesyuarat Majlis Raja-Raja.
    * Merancang dan menyedia maklum balas terhadap keputusan Mesyuarat Majlis Ekonomi.
    * Merancang dan menyediakan jawapan/maklum balas kepada Mesyuarat Majlis Tindakan Negara.
    * Mengatur dan merancang maklum balas kepada Mesyuarat Jawatankuasa-jawatankuasa Kabinet yang dianggotai oleh YB Menteri Dalam Negeri.
    * Merancang dan menyedia jawapan kepada pertanyaan/usul yang dikemukakan oleh pihak luar.
    * Merancang dan mengatur kursus/ seminar yang dianjurkan oleh pihak luar untuk Kementerian.

Agensi

Agensi Antidadah Kebangsaan Jabatan Imigresen malaysia Jabatan Pertahanan Awam Malaysia Jabatan Pendaftaran Malaysia Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia Polis Diraja Malaysia Jabatan Penjara Malaysia RELA PNMB Lembaga Penapis Filem

ISO

ISO

Ikuti Kami

QR KDNTwitterFacebook KDNRSS Portal iKDNVideo KDNEmel KDN

Statistik

4418844

MyGovernment Pemudah Ketua Setiausaha Negara Malaysia Biro Pengaduan Awam MSC  1Malaysia JPA BLESS MAMPU HRMIS Suruhan Pilihan Raya Malaysia Talent Corporation Malaysia Pusat Rujukan Persuratan Melayu  Agro Hypermart