1. SKIP_MENU
  2. SKIP_CONTENT
  3. SKIP_FOOTER

 

 

 

Sejarah awal Bahagian Kawalan Penapisan Filem dan Penguatkuasaan (BKF) bermula daripada Lembaga Penapis Filem (LPF) yang ditubuhkan di bawah Seksyen 3 Akta Filem (Penapisan) 1952 (disemak pada tahun 1971). LPF pada awalnya berada di bawah Kementerian Penerangan Malaysia. Namun begitu, pada awalnya pejabat LPF berpusat di Jabatan Filem Negara kerana terpaksa menggunakan kemudahan-kemudahan milik Jabatan Filem Negara dari segi penggunaan panggung dan alat-alat penapisan filem.

Ahli Lembaga Penapis Filem (ALPF) pada ketika itu adalah terdiri daripada seorang Pengerusi dan juga ahli-ahlinya yang merupakan lantikan tetap Pegawai Kumpulan Sokongan B yang sedang berkhidmat. Menjelang era 60-an, timbul banyak filem yang diklasifikasikan sebagai "x-rated film" menyebabkan Parlimen telah menubuhkan Jawatankuasa Pilihan (Selective Committee) khas untuk mengkaji masalah kebanjiran filem-filem berunsur lucah ini. Jawatankuasa ini telah mengubah keahlian LPF iaitu dengan melantik ahli-ahlinya yang terdiri daripada lantikan khas Kumpulan A di mana mereka ini adalah golongan yang terpilih sahaja.

Seterusnya LPF ini diletakkan di bawah pentadbiran Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan dinamakan sebagai Bahagian B. Pada ketika itu, pejabat ini telah ditempatkan di Bangunan Arab Malaysian Bank, Kuala Lumpur. Bahagian ini bertanggungjawab terhadap Hal Ehwal Imigresen, Pendaftaran Negara, Pendaftaran Pertubuhan, Kawalan Filem dan juga Penerbitan. Namun begitu, ekoran daripada penyusunan semula KDN, maka Bahagian B kekal dalam menjaga Hal Ehwal Imigresen, Pendaftaran Negara dan Pendaftaran Pertubuhan manakala Bahagian Kawalan Filem dan Penerbitan telah dijadikan Bahagian C.

BKF wujud akibat daripada penyusunan semula Kabinet pada 27 Mac 2004, di mana Bahagian Kawalan Penerbitan, Filem dan Teks Al-Quran (Bahagian 'C'), Kementerian Dalam Negeri telah dipecahkan kepada 2 Bahagian dan ditempatkan masing-masing di bawah Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri (KHEDN) dan Kementerian Keselamatan Dalam Negeri (KKDN). Unit Penapisan Filem dan sebahagian daripada Unit Penguatkuasa serta Lembaga Penapis Filem telah diletakkan di bawah KHEDN sebagai Bahagian Kawalan Filem (BKF), manakala Unit Kawalan Penerbitan dan Unit Kawalan Teks Al-Quran diletakkan di bawah KKDN. Setelah penggabungan semula KHEDN dan KKDN, Bahagian Kawalan Filem dinamakan Bahagian Kawalan Penapisan Filem dan Penguatkuasaan (BKF), Kementerian Dalam Negeri.

Visi
Memartabatkan Bahagian Kawalan Penapisan Filem dan Penguatkuasaan sebagai badan penapisan filem dan penguatkuasa yang berwibawa.

Misi
Mentadbir urus penapisan filem dan bahan publisiti filem serta melaksanakan penguatkuasaan dengan cekap dan berkesan.

Objektif
Memastikan semua filem dan bahan publisiti filem yang dibuat, dikeluarkan, dimiliki, dijaga, dikawal, ditayang, dipamer atau dijual di Malaysia telah ditapis dan diluluskan.

 

 

 

ISO

Ikuti Kami

QR KDNTwitterFacebook KDNRSS Portal iKDNVideo KDNEmel KDN

Statistik

21563873

MyGovernment Pemudah Ketua Setiausaha Negara Malaysia Biro Pengaduan Awam MSC  1Malaysia JPA BLESS
MAMPU HRMIS Suruhan Pilihan Raya Malaysia Talent Corporation Malaysia Pusat Rujukan Persuratan Melayu  MyGov Mobile United Against Crime Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia Perakuan Akruan