Maklumat Perkhidmatan
Aktiviti-aktiviti Bagi Fungsi-fungsi Utama
i. Perancangan perolehan
ii. Pengurusan perolehan yang melibatkan:-
- Pembelian Terus
- Sebut Harga
- Tender Terbuka
- Tender Terhad
- Rundingan Terus
- Kontrak Pusat
Unit-unit Di bawah Bahagian
Bagi memperkemaskan pengurusan dan operasi Bahagian Perolehan, ia telah dipecahkan
kepada empat unit iaitu;
i. Unit Dasar dan Pentadbiran
Unit ini juga menguruskan mengenai pentadbiran dan pengurusan kewangan Bahagian, dasar-dasar perolehan, kursus dan taklimat perolehan, penyediaan laporan-laporan berkaitan dengan perolehan Kementerian dan Jabatan serta Agensi di bawahnya, penyediaan spefikasi tender bekalan dan perkhidmatan, memantau prestasi pembekal, memantau pelaksanaan e-Perolehan dan GPIS oleh semua PTJ, dan lain-lain lagi.
ii. Unit Perolehan Teknikal
Unit ini juga mengendalikan perolehan untuk pelbagai jenis kapal terbang, helikopter, kelengkapan marin, alat ganti kapal terbang, senjata api, kenderaan, peralatan komunikasi dan lain-lain kelengkapan.
iii. Unit Perolehan ICT
Unit ini menguruskan perolehan peralatan ICT, pembangunan sistem dan aplikasi serta menguruskan perkhidmatan penyelenggaraan terhadap sistem-sistem yang dibangunkan.
iv. Unit Perolehan Am
Unit ini menguruskan perolehan peralatan am antaranya seperti pakaian, kelengkapan ubat-ubatan, makanan basah/kering, perabot, alat tulis, alat guna habis (consumables), peralatan keselamatan, peralatan fotografi, peralatan anjing dan kuda, perkhidmatan penyelenggaraan/membaik pulih sistem lif dan perkhidmatan membersihkan kawasan.
Peruntukan
Bahagian Perolehan menguruskan perolehan perbekalan bukan fizikal bagi Kementerian serta Jabatan dan Agensi di bawahnya melalui peruntukan Pembangunan (P.62) dan peruntukan Belanja Mengurus (B.62). Kedua-dua peruntukan ini diseliakan secara berasingan oleh dua unit di Bahagian ini iaitu Unit Perolehan Teknikal (Belanja Pembangunan) dan Unit Perolehan Am (Belanja Mengurus).
Garis Panduan
Bagi urusan perolehan bekalan dan perkhidmatan adalah tertakluk kepada tatacara kewangan Kerajaan antaranya Arahan Perbendaharaan (AP), Surat Arahan Perbendaharaan (SAP) dan Surat-surat Pekeliling Perbendaharaan (SPP).
Bahagian Pengurusan Sumber Manusia
Capaian Pengguna
Pautan
Kalendar KDN






Maklumat Korporat